Apakah Hukum Bisnes Dropship?

Salam & hai.

Bisnes Dropship

Ketika menjalankan seminar berkaitan Sinar Niaga, pihak kami telah di ajukan pelbagai soalan berkaitan dropship dan salah satu soalan yang menarik untuk dikupas ialah mengenai hukum menjalankan bisnes berkonsepkan drosphip.

Di antara perkara yang membuatkan ramai orang ragu-ragu dengan perjalanan bisnes ini sah dari segi hukum syarak atau tidak ialah berkaitan berniaga hanya menggunakan gambar, ‘mark-up’ harga untuk di jual dan sebagainya.

Setelah meminta pandangan beberapa orang yang mempunyai ilmu di dalam muamalat (jual beli) dalam Islam maka hukum menjalankan bisnes dropship adalah harus.

Berikut adalah pandangan daripada Tuan Ahmad Syaifuddeen yang juga merupakan seorang usahawan internet:

Jual beli dropship atau katalog adalah termasuk dalam kategori menjual ‘tanpa menguasai produk‘ perlu melihat kepada kewujudan barang dan sifatnya dan ini terbahagi kepada dua kategori:

1- Menjual barang yang ada di tempat, maka ini sudah tentu boleh dan ini jenis jualan yang kita ketahui hari ini seperti di pasar, kedai runcit, supermarket, butik dan sebagainya.

2- Menjual barang yang belum ada di tempat, kategori ini mungkin terdapat dalam beberapa bentuk:

i. Barangnya tidak dapat dijelaskan sifat-sifatnya contohnya seperti menjual burung di langit atau ikan dalam laut. Ini jelas haram kerana adanya unsur ‘gharar; dan ketidak pastian sifat barang tersebut.

ii. Barang yang dijual dapat disifatkan dan dijelaskan atau diperincikan bentuk dan keadaannya. Jenis ini pula boleh dibahagikan kepada dua bentuk:

a. Boleh diceritakan atau dijelaskan secara terperinci tentang sifat-sifat yang mewakili barang yang dijual. Ini diperbolehkan dan sah jual belinya dengan ketentuan barang yang dihantar nanti sesuai dengan penjelasan tersebut.

Jika sekiranya tidak sama dan berlainan sama sekali dengan keterangan tersebut, contohnya pakaian yang dipamerkan berlengan panjang tetapi yang dikirimkan tanpa lengan, maka situasi ini mungkin menjadi lebih baik atau lebih rendah dari apa yang telah diperincikan ketika akad transaksi.

Maka pembeli memiliki hak untuk menyempurnakan transaksi dengan membelinya atau membatalkan transaksi dan mengembalikan barang tersebut dan mengambil kembali wang yang telah dibayarkannya.

Ini dikatakan ‘Khiyaar al-Khalaf Fi ash-Shifat’ atau refund disebabkan bersalahan produk yang dikehendaki.

b. ‘Bai An-Namuzaj’ atau menjual barang dengan mempamerkan contohnya. Jualan produk yang disertakan contoh barang tersebut.

Sekadar pandangan asas, harap dapat dirujuk kepada pakar Muamalah yang muktabar seperti alfadhil Ustaz Zaharuddin atau sebagainya. Apa yang ditulis adalah hukum secara asas.

Kemudian pandangan kedua daripada Tuan Suzardi Maulan (Pakdi), beliau merupakan pakar dalam perancangan kewangan berasaskan Islam dan merupakan seorang Islamic Financial Planner (IFP) yang bertauliah.

Beliau berpendapat:

Berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan, urusniaga ini dikenali dalam istilah fiqh Islami sebagai bai’ istijrar. Jual beli barang tiada yang dibuat oleh ahli adalah dibenarkan kerana ada deskripsi produk yang spesifik dan penghantaran dapat dibuat.

Hanya jual beli emas, perak dan matawang sahaja yang wajib ada terlebih dahulu dengan jelas.  Jadi, semoga penjelasan di atas dapat memberikan gambaran buat kita semua mengenai isu ini.

Sila kongsikan artikel ini untuk manafaat semua agar tidak sangsi lagi dengan modus operandi bisnes berasaskan dropship ini.

  • http://www.facebook.com/zulfaka.ali Zulfaka Ali

    Satu penjelasan yang sememangnya menjadi persoalan difikiran saya sejak dulu. Terima kasih.

  • Adi Hanif Mohamed

    Saya rasa lebih tepat kalau ia dinamakan kontrak wakalah dari normal bay’ (jual beli). Agak berat dari sudut shariah untuk menamakan ia sebagai bay’ sebab tukang jual itu tidak beli atau memiliki barangan ketika berurusniaga dijalankan. Jual beli tanpa barangan dimiliki kebanyakkan ulama menghukumnya sebagai haram, kecuali ada pendapat ibn taymiyah yang membolehkan dengan syarat memang confirm dalam kemampuan penjual itu untuk deliver. namun rata-rata ulama tidak membenarkan jual beli tanpa dimiliki barang tersebut (bay’ ma’dum). Kalau dinamakan sebagai wakil dibawah kontrak wakalah (agency), tak da masalah sebab penjual menjual bagi pihak dropship owner, yang akhirnya dropship owner tersebut akan memiliki dan menghantar barangan tersebut. Sebagai balasan, wakil penjual tersebut akan mendapat habuan berupa komision. Wallahu’alam.

  • Surijunior

    saya juga bertanya kepada sorang ustaz mengenai model2 yang digunakan untuk menggayakan baju2 muslimah. walaupun namanya baju muslimah. tetapi senyuman & gaya model-model tersebut boleh jatuh kepada lagha. tidak haram tetapi melalaikan. lebih baik jika hanya baju atau model tanpa wajah. dan tidak menampakkan susuk badan mahupun payudara. Jika sinar niaga benar2 inginkan suatu perniagaan yang menepati syarak, saya fikir, elemen ini juga perlua di ambil kira :)

    wallahu’alam

  • Anonn

    kena banyakkan info / diskripsi tentang produk tersebut. baru pembeli tahu bagaimana produk tu. Jadi pihak sinarniaga perlu letak lebih banyak lagi details. :)

  • Fairuzmatzin

    ISLAM ITU INDAH..ISLAM ITU TIDAK MEMBERATKAN UMATNYA..ISLAM ITU TERPAKAI UTK SELURUH ZAMAN..HINGGALAH KE HARI KIAMAT..HUKUM ISLAM DLM JUAL BELI ADLH BG MENJAGA MASLAHAH PENJUAL & PEMBELI..SELAGI KITA JUJUR & FAHAM HUKUM SERTA MEMPRAKTIKKAN DGN SEBENARNYA INSHAALLAH KITA MASIH DI LANDASAN YG BENAR..MUDAH-MUDAHAN.. :)

  • Mawardee

    Apa yang anda semua terangkan tu, boleh dikatakan betul.

    Tapi kena faham konsep ‘ada barang, baru jual’.
    Ada barang tu, bukan juga setakat bermaksud berada dalam pegangan, tetapi juga bermaksud ia ada dalam pegangan orang yang menghantar.

    Jadi, seeloknya pihak kilang/ pembekal sentiasa update jumlah barang yang ada, supaya kalau dah sold out, semua agen/ penjual boleh tahu dan tidak membuat jualan lagi.

    Apa yang encik Syaifuddeen ceritakan itu, betul dan tepat berasaskan etika, akhlak dan konsep keadilan bila berurusan barang yang tiada di depan mata.

    Ulama kontemporari membenarkan barang tiada depan mata asalkan ia memang ‘ada’ secara hakiki di tempat stor atau lain2, sehingga membenarkan jual beli.

    Cuma pihak pembeli sendiri kena berikhtiar supaya melihat sendiri barang tersebut sebelum beli, @ buat keputusan terus untuk beli tanpa melihat barang.

    & penjual yang bijak adalah penjual yang describe produk lebih detail ketika mempromosi / menjual, kerana dgn cara itulah pelanggan akan percaya. Tunjukkan gambar, video dan lain2. :)

  • Samad

    mmmmmm..kkdg malas nak layan sifat manusia..byk kerenah..belum niaga dah pikir mcm mcm…..tu yg gagal tu…