Temubual Eksklusif Bersama Alif Zulhilmi

Salam & hai.

SoccerPitStop Dot Com

Sebelum ini pihak kami telah berikan temubual bersama saudara Hafizi Zain kepada ahli Sinar Niaga dan alhamdulillah mereka mendapat banyak manafaat daripada perkongsian tersebut.

Kali ini kami ingin mengetengahkan temubual eksklusif bersama saudara Alif Zulhilmi yang merupakan bekas pemilik SoccerPitStop.com.

Beliau merupakan salah seorang usahawan muda yang memulakan langkah di dalam dunia perniagaan internet menggunakan konsep dropship. Setelah stabil barulah beliau mula menyimpan stok sendiri dan mengukuhkan lagi jenama SoccerPitStop secara online.

Baca Selanjutnya »

Temubual Eksklusif Bersama Hafizi Zain

Salam & hai.

Screen Shot BigTeddyBear2u.com

Pada ramadhan yang lepas, pihak kami telah berkesempatan untuk menemubual seorang usahawan produk fizikal yang tidak asing lagi di dalam arena perniagaan internet tempatan iaitu saudara Hafizi Zain daripada BigTeddyBear2u.com.

Beliau merupakan salah seorang usahawan yang cukup bersemangat dan kreatif pernah kami kenal yang mana gerak kerja beliau sentiasa melangkah setapak lebih awal daripada usahawan lain.

Di dalam temubual berbentuk audio ini, beliau telah berkongsi sesuatu yang jarang-jarang di dedahkan iaitu mengenai teknik pemasaran yang beliau gunakan sehinggakan laman web jualan beliau sentiasa mendapat tempahan.

Baca Selanjutnya »