Menambat Hati Pelanggan Dengan Kos Penghantaran Percuma?

Salam & hai.

Menambat Hati Pelanggan

Sebagai ahli dropship anda sendiri yang menentukan bagaimana anda ingin menjual sesuatu produk. Kami sebagai penyedia servis dropship hanya menunggu bayaran kos produk yang telah ditetapkan sahaja.

Jadi salah satu perkara yang anda boleh tentukan dalam menjual produk dropship ialah kos penghantaran. Tahukah anda bahawa kos penghantaran memainkan peranan yang cukup penting dalam mempengaruhi emosi ‘kaki shopping’?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai penjual produk fizikal secara online maka saya pernah mengalami situasi pelanggan batalkan tempahan oleh kerana kos penghantaran yang sedikit mahal. Pada masa yang sama, ada juga situasi di mana para pelanggan terus borong banyak produk kerana kos penghantaran percuma.

Baca Selanjutnya »

Gambar Produk Boleh Mempengaruhi Jualan

Salam & hai.

Mengambil gambar produk

Gambar merupakan satu elemen yang cukup penting di dalam perniagaan internet. Berdasarkan kajian pengiklanan, jelas menunjukkan gambar memainkan peranan tersendiri dalam mempengaruhi minat prospek. Pengiklanan yang menggunakan gambar yang menarik akan mendapat lebih banyak klik berbanding gambar yang tidak menarik.

Baca Selanjutnya »

Facebook Page Untuk Jual Produk Sinar Niaga

Salam & hai.

Pemasaran Facebook Page

Seperti sedia maklum bahawa Facebook adalah platform sosial yang paling popular di dunia dan sudah tentu platform ini juga menyediakan ruangan khusus untuk kita sebagai usahawan menjalinkan hubungan dengan prospek. Salah satu features yang boleh dimanafaatkan oleh para usahawan ialah Facebook Page.

Facebook Page boleh menjadi satu bahan promosi yang berkesan kepada produk-produk Sinar Niaga yang anda ingin jual. Dengan Facebook Page untuk bisnes, anda boleh berinteraksi dengan fans anda dan pada masa yang sama membina pengikut terhadap produk yang anda ingin promosikan.

Hari ini saya akan berkongsi kepada anda yang masih baru dalam dunia pemasaran internet cara untuk membuka Facebook Page dan strategi yang digunakan untuk menjual produk Sinar Niaga di Facebook Page.

Baca Selanjutnya »

Asas Menjual Produk Sinar Niaga Di Facebook

Salam & hai.

Pemasaran Melalui Facebook

Hari ini saya ingin berbicara mengenai asas pemasaran melalui Facebook kerana masih ramai ahli Sinar Niaga masih tidak faham bagaimana proses menjual produk Sinar Niaga di Facebook.

Jadi kepada anda yang masih baru dengan Sinar Niaga, anda boleh ikut empat langkah berikut untuk menjual melalui Facebook anda.

Baca Selanjutnya »