Sinar Niaga Di APEC YES 2011

Salam & hai.

Sinar Niaga telah melangkah setapak lagi apabila dijemput untuk mengetengahkan model perniagaan ini di APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011 dalam sesi Creative Art.

Di dalam sesi Creative Art ini, 4 orang speaker akan mengetengahkan idea kreatif masing-masing iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina (pelakon & penerbit filem), Tuan Haji Burhanuddin (Pengarah Urusan Les’ Copaque), Leon Tan (Direktor Tripod Entertainment) dan Adly Mukhtar (CEO, Flarebiz Network).

Di dalam sesi ini, saudara Adly Mukhtar telah menerangkan rentetan perjalanan beliau di dalam industri perniagaan internet sehingga mencetuskan idea untuk menghasilkan projek Sinar Niaga bersama Sinar Inspirasi.

Sedikit gambar sepanjang sesi ini…

Para peserta yang hadir daripada 21 buah negara begitu tertarik dengan konsep yang disampaikan ini yang mana bagi mereka ini adalah satu inovasi khususnya di dalam dunia perniagaan.

Pihak kami bersyukur kerana mendapat peluang untuk mengetengahkan Sinar Niaga di mata dunia sebagai mewakili industri perniagaan internet tempatan dan sekaligus dapat menjadi inspirasi buat para usahawan lain untuk lebih maju kehadapan.

Ini adalah kebanggan kita semua yang mana bermaksud kita perlu berusaha lebih kuat untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

  • Anonymous

    Tahniah! Kini Sinar Niaga mula ‘bersinar’ di mata dunia.

  • Sidry

    alhamdulillah

  • Ridhwan Razak

    Tahniah Sinar Niaga!
    Tahniah Juga Flarebiz Network!
    Semoga semua usaha sentiasa diberkati Allah..

  • http://www.zulhfreelancer.com/ Zulh

    Nice one SinarNiaga!

  • Fairuzmatzin

    Salam..ada rakaman video tak jika blh di sharekan.. tq

  • Hasbul aqill

    Kemah Flarebiz Network, keep it up! :D

  • Munaidayati Ali Musa

    Tahniah Adly & Tahniah juga buat Sinar Niaga.. bangga kerana dapat menjadi sebahagian dari keluarga besar ini :)

  • Shamsurizam Norsham

    Tahniah Flarebiz, Sebagai salah seorang peserta di APEC YES, terasa bangga kerana rakyat Malaysia memperkenalkan industri perniagaan internet tempatan ke peringkat antarabangsa… All the best

  • Pingback: Kehidupan, Impian & Keajaiban — Adly Mukhtar (dot) com

  • Saharizam

    hebat..

  • Sueella Net

    Tahniah Flarebiz :)

  • ejam

    Hebat SinarNiaga
    bagus anak-anak muda Malaysia, ni ler yang baik utk dicontohi.
    semoga sukses semuanya.

  • http://www.Faisalreza.com Faisal Reza

    Tahniah Adly Mukhtar….

  • Umi kalsum mohd ali

    bangga jugak. tapi sinardrop tak berapa mesra dan saya.
    saya tak ada produk untk sinarmall saya

    • Sinarniagadotcom

      Kenapa boleh tiada produk tu? Mungkin puan terlepas pandang beberapa perkara, puan boleh hubungi support@sinarniaga.com untuk bantuan segera.

  • http://www.faezon.com ejoncb

    tahniah!! =)

  • http://pulse.yahoo.com/_Z464NWZ7PIRR252QOQNOVV6TPE JimieRay

    Tahniah FlareBiz. Satu kebanggaan untuk warga IM semua..

  • rose merah

    tahniah En Adly n team Flarebiz + Sinar Niaga~
    smoga lebih sukses di masa hdpn~

  • Cheguman

    Tahniah. Mungkinkah produk kami boleh disenaraikan di sini?

  • http://www.facebook.com/ameermusa Amir Mursyidi Musa

    Terbaik….

  • http://www.myrazis.com Razis

    Tahniah Adly. anda memang layak menerima pengiktirafan seperti ini.

  • http://pulse.yahoo.com/_WIYE45JH3UNVWYKQQUGS2MLPXI mai

    Wow, sampai peringkat ke dunia sudah, Tahniah!!! Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan sinar kejayaan kepada usahawan baru! Saya juga harus bermula!

  • siti hafizah bakri

    tahniah dan amat berbangga , melayu boleh!

  • Mz

    Tahniah kpd semua warga Sinar Niaga/Inspirasi.. semoga ianya memberi sinar inspirasi untuk berniaga kepada kami-maki semua.. -mz

  • Mz

    silap taip la.. “kami-kami semua..” bukan “kami-maki semua”.. aduss..